GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dipercayai dihempap sebatang pokok balak dalam kejadian di kawasan matau balak Kuala Betis, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Dian Hermawan, 32.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di lokasi pihaknya telah menjumpai mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia. Hasil siasatan awal dipercayai mangsa sedang berehat di dalam jengkaut.
"Secara tiba-tiba sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut berkenaan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya pada Ahad.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Ujarnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023
Sebatang pokok balak tumbang menghempap jengkaut dinaiki mangsa. - Foto Sinar Harian
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Lelaki maut dihempap balak
Mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Dian Hermawan, 32.